Thursday, January 29, 2009

real self vs ideal self

Apa yang perlu diceritakan apabila lidah mahu berkata-kata tapi mulut diam membisu.apa yang patut dilakukan apabila kita sebenarnya mampu berbuat sesuatu tetapi kita terpaksa mendiamkan diri demi satu pilihan yang terbaik untuk semua...indah senyuman di wajah tidak bererti riangnya hati kecil kita...wajah yang tenang dipamerkan tidak bererti tiada kesedihan yang merundum di dalam jiwa...siapa tahu? manusia hanya mampu menilai luaran tanpa memikrkan apa yang berlaku sebaliknya...andai manusia tahu memahami perasaan orang lain mungkin kita mampu mengelakkan perasaan dari terluka dan dilukai...tetapi...itu yang terjadi...

Saturday, January 24, 2009

Makanan......


Jom Intai : Makanan Sihat VS Undang Penyakit

Sedarkah anda bahawa makanan yang kita makan sebenarnya membawa keburukan sekiranya dimakan secara berlebihan walaupun pada asalnya ia memberikan kita nutrient yang penting? Oleh itu kita perlu memikirkan walau bagus manapun makanan tersebut, namun kuantiti pengambilannya harus diambil berat agar tidak mendatangkan masalah kepada kita.

Contohnya sebiji telur yang hanya dimakan putih sahaja dikatakan baik kerana ia merupakan sumber protein daripada haiwan tetapi pernahkah kita berfikir bahawa sekiranya kita makan secara berlebihan kita sebenarnya memberi tekanan kepada ginjal untuk memproses protein tersebut.

Masalahnya sekarang bagaimana untukkita menyukat atau menyedari bahawa jumlah makanan yang kita ambil itu bersesuaian dengan kita. Sekiranya ditanya kepada sepuluh orang, kita akan memperolehi sepuluh jawapan yang berbeza juga. Ini kerana berat, tinggi, jantina dan jenis kerja yang dilakukan akan mempengaruhi diet setiap individu. Ayuh kita semak beberapa jenis makanan yang perlu dihadkan pengambilannya.

Yogurt :

Khasiat : Yogurt mengandungi probiotik iaitu bakteria baik yang berperanan menguatkan imunisasi badan .

Berlebihan : Walaupun boleh diambil dalam jumlah yang banyak, yogurt yang dihasilkan daripada susu penuh krim ini akan menyebabkan kegemukan dan meningkatkan kolesterol dalam badan. Bagi individu yang mempunyai sistem penghadaman sensitif terhadap asid, yogurt boleh menyebabkan gastrik. Elakkan mengambil yogurt jika perut kosong.

Soya :

Khasiat : Soya adalah sumber protein yang baik. Kandungan isoflavonoid dalam soya dipercayai mampu mencegah kanser. Namun sekiranya diambil dalam bentuk ekstrak, pengawasan doktor adalah penting. Ini adalah kerana kontroversi mengenai ekstraknya yang boleh mendiring risiko kanser masih menjadi perbualan.

Berlebihan : Protein yang berlebihan akan dibuang oleh badan melalui ginjal sehingga membebankan bahagian tersebut. Pesakit gout (arthritis) sebaiknya menghindari soya kerana ia mampu mengundang risiko peningkatan kadar purine ( yang akan berubah menjadi asid).

Bayam :

Khasiat : Tumbuhan ini mengandungi kolin dan inositol yang mana berfungsi membantu mencegah arterosklerosis atau masalah pembuluh darah mengeras. Kandungan flavanoid dan karetonoid di dalamya berperanan sebagai anti oksidan yang mencegah kanser. Selain itu bayam kaya vitamin K yang diperlukan untuk pembekuan darah.

Berlebihan : Bayam merupakan sumber serat dan jika dimakan dengan banyak boleh menganggu penyerapan mineral dalam badan. Untuk meningkatkan kadar penyerapan zat besi yang ada pada bayam pula, sebaiknya ia dimakan bersama makanan atau minuman yang dapat meningkatkan penyerapan mineralnya seperti segelas jus oren, strawberi atau tomato.

Teh Hijau :

Khasiat : Kandungan anti oksidan polifenol dalam teh hijan berfungsi mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang didorong oleh radikal bebas seperti kanser. Anti oksidan ini juga membantu melindungi jantung dengan menurunkan kadar kolesterol, mengurangkan lemak dan menjaga berat badan ideal tubuh.

Berlebihan : Masalah untuk tidur akan timbul. Ini adalah kerana kandungan thein di dalam teh hijau akan membuatkan tubuh berasa segar.

Lobak Merah :

Manfaat : Mengandungi pro vitamin A ( beta karoten) yang baik untuk tubuh.

Berlebihan : Kandungan serat di dalam lobak merah adalah tinggi. Justeru, pengambilannya yang berlebihan akan menyebabkan sembelit dan menganggu penyerapan mineral dalam saluran pencernaan. Kandungan beta karoten yang tinggi akan menyebabkan kulit berubah warna menjadi kekuningan.

Jus Buah-buahan :

Manfaat ; Jus buah-buahan sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak vitamin, mineral, fitonutrisi semulajadi. Begitu juga ia mengandungi kurang serat.

Berlebihan : Pengambilan buah-buahan dalam bentuk jus (tanpa tambahan gula) sama saja dengan meminum air manis yang dibuat menggunakan gula yang diproses daripada buah. Pesakit diabetis perlulah berhati-hati dengan kandungan gula di dalam buah-buahan ini. Adalah lebih baik jika anda mengambil buah-buahan yang kurang manis.

Roti Gandum :

Manfaat : Tinggi dengan serat tidak larut yang berperanan melancarkan sistem pencernaan dan mengurangkan risiko kanser usus besar.

Berlebihan : Roti gandum merupakan sumber karbohidrat dan serat. Pengambilan karbohidrat yang berlebihan boleh menyebabkan berat badan meningkat. Selain itu, pengambilan serat secara berlebihan akan mengakibatkan sembelit dan berpotensi menganggu penyerapan mineral dalam badan. Justeru, minumlah air kosong untuk mengatasi kedua-dua masalah ini.


Friday, January 9, 2009

Cobaan.............

Hai semua...ini merupakan kali pertama Dewi mencuba membuat blog ni..sebelum ni Dewi tak pernah pun membuka ataupun membuat blog,,,tetapi assignment punya pasal..kena lah buat juga..Emm menarik juga sebenarnya blog ni andai kita tahu memanfaatkan and menggunakannya..tapi jika sekadar tahu apa itu blog tiada gunanya jika tidak digunakan sebaik mungkin..emm sebenarnya blog ni pun dibina selepas lecturer beritahu bahawa dia mahu setiap orang ada blog tersendiri..Tak tahu dah nak cakap ape..lagipun ni kali pertama Dewi mencubanya..harap sesiapa yang ada tips menarik bolehlah beritahu Dewi nanti..