Showing posts with label Sihat dan Cantik. Show all posts
Showing posts with label Sihat dan Cantik. Show all posts

Friday, February 13, 2009

Sihat dan Awet Muda



Sewaktu usia semakin memanjat tinggi, perubahan fizikal semakin ketara. Kedutan di wajah, rambut beruban, gigi banyak yang tanggal, mata menjadi rabun, pendengaran semakin kurang jelas, tubuh badan semakin membongkok, dan kekuatan fizikal yang terhad. Keadaan ini membuat anda takut untuk menghadapi masa tua.

Setiap orang akan menghadapi masa tua jika umurnya panjang. Sebagai persediaan menghadapi usia emas ini, pelbagai usaha dibuat untuk mempertahankan kesihatan dan kecantikan yang ada. Bak kata orang, 'sediakan payung sebelum hujan'. Proses ketuaan setiap orang itu berbeza. Ia bergantung kepada faktor genetik dan kesihatan.

Kini terdapat pelbagal rawatan kecantikan, perubatan moden mahupun tradisional yang menawarkan wajah kekal cantik biarpun sudah dimamah usia. Di samping itu, banyak panduan diberikan untuk tampil sihat dan cergas. Ada yang sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk kelihatan cantik, sihat dan cergas.

Ada kalanya gaya hidup seseorang membuatkan dirinya nampak lebih tua, seperti mengambil minuman keras, merokok, pengambilan makanan berlemak, diet tidak seimbang, tekanan, dan mempunyal sikap negatif. Manakala individu bersikap positif dan mempunyai psikologi yang sihat dapat melambatkan proses penuaan.

CARA-CARA MELAMBATKAN PROSES PENUAAN
1. Diet dan makanan tambahan - Pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan. Elakkan obesiti dengan mengambil makanan rendah lemak, dan lebihkan sayur-sayuran. Dapatkan maklumat piramid pemakanan untuk dijadikan panduan pengambilan makanan seharian.
2. Pengambilan makanan tambahan seperti vitamin E dapat melambatkan proses penuaan. Ia dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel-sel tubuh. Selain itu, makanan tambahan lain termasuk selenium, vitamin C, beta-karotin, L-Cysteine, asid folik, zink dan sebagainya diambil dengan betul dapat melambatkan proses penuaan.
3. Herba dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawang putih, ginseng, dan lada. Contohnya bawang putih dikatakan dapat mencegah daripada demam selesema, gangguan pernafasan dan penyakit usus. Pada masa kini herba banyak digunakan untuk produk kesihatan dan kecantikan. Sebelum menggunakan produk herba, anda perlu pastikan kualiti produk dapatkan maklumat daripada pakar berkaitan.
4. Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan, malahan tekanan darah rendah, mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti. Dengan melakukan senaman selalu, anda akan menjadi sihat serta nampak lebih muda. Jangan lupa, lakukan juga senaman wajah.
5. Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang, serta melakukan latihan. Sebagai tanda peringatan, senaraikan perkara yang hendak dilakukan dalam buku nota dan rujuk setiap pagi dan kemaskinikan selewat-lewatnya sebelum tidur.
6. Jika ingin berbadan kurus dan langsing, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung. Ia akan kelihatan nampak lebih tua dan usia sebenar. Ini kerana kulit pada wajah lebih nipis berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Kurus tidak semestinya lebih cantik dan kesihatan diri itu yang lebih penting.
7. Tetapkan waktu untuk tidur. Ia akan mendisiplinkan diri anda untuk mendapat rehat yang secukupnya. Tandanya, anda rasa segar apabila bangun pagi. Kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersikap positif.
8. Banyakkan minum air bersih. Ini kerana kandungan air dalam badan sangat tinggi. Contohnya otak mengandungi 95 peratus air, darah 82 peratus air dan paru-paru 90 peratus air. Pengambilan air yang mencukupi dapat menajamkan pemikiran, mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih cantik.
9. Penampilan diri menarik apabila bijak memilih fesyen pakaian dan aksesori. Ia dapat mengawal usia secara psikologi. Anda boleh merujuk kepada media untuk memilih fesyen yang sesuai. Sebaiknya sesuaikan pemilihan pakaian dengan usia, kerjaya, keadaan persekitaran dan latar belakang keluarga.
10. Gunakan pelembap dan pelindung matahari untuk penjagaan kulit. Sekurang-kurangnya anda perlu mengenakan pelembap pada setiap pagi. Penjagaan kulit secara keseluruhan juga penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati serta daki yang degil. Dapatkan produk penjagaan diri yang sesuai dengan anda. Jika tidak pasti, anda boleh tanyakan kepada ahli farmasi, dan pakar kuit. Penuaan pada kulit disebabkan oeh pendedahan cahaya matahari (dan jam 10 pagi hingga 3 petang) dan keadaan alam sekitan yang tercemar.

Monday, February 2, 2009

MARAH?? Emosi or Persekitaran..

Hari ni dewi sudah bermula kelas selepas cuti sekian lama..Untuk kali ni Cik Aziz menerangkan tentang mengapa kita perlu jadi kaunselor yang proaktif..Ketika dia bercerita tentang pengalamannya sebenarnya beliau banyak membuat saya berfikir...dan terus berfikir..bagaimana beliau berfikir cara untuk menyelesaikan masalah tersebut..dan yang lebih menarik..bagaimana hampir kebanyakan strategi yang digunakan hampir berjaya? Adakah ia sekadar kebetulan atau memang sememangnya beliau seorang penyelesai masalah...Kemudian..sesi ceramah..Saya tertarik dengan tajuk speech Muni..Marah...Bagi dewi kemarahan itu perlu kita luahkan..tapi biarlah bersesuaian dan kena tempatnya..Tetapi dewi bangga juga dengan muni kerana dia menyedari kesilapannya dan itu adalah perkara yang terbaik kerana bukan mudah untuk seorang manusia menerima dan mengakui kesalahannya..Kepada Muni syabas diucapkan kerana berjaya menyampaikan ucapan dengan lancar dan dewi suka mendengarnya...Kepada yang lain..Beringatlah..Jangan cepat marah..kerana kita perlu sedar bahawa ketika sedang marah syaitan gembira dengan apa yang kita lakukan....

Saturday, January 24, 2009

Makanan......


Jom Intai : Makanan Sihat VS Undang Penyakit

Sedarkah anda bahawa makanan yang kita makan sebenarnya membawa keburukan sekiranya dimakan secara berlebihan walaupun pada asalnya ia memberikan kita nutrient yang penting? Oleh itu kita perlu memikirkan walau bagus manapun makanan tersebut, namun kuantiti pengambilannya harus diambil berat agar tidak mendatangkan masalah kepada kita.

Contohnya sebiji telur yang hanya dimakan putih sahaja dikatakan baik kerana ia merupakan sumber protein daripada haiwan tetapi pernahkah kita berfikir bahawa sekiranya kita makan secara berlebihan kita sebenarnya memberi tekanan kepada ginjal untuk memproses protein tersebut.

Masalahnya sekarang bagaimana untukkita menyukat atau menyedari bahawa jumlah makanan yang kita ambil itu bersesuaian dengan kita. Sekiranya ditanya kepada sepuluh orang, kita akan memperolehi sepuluh jawapan yang berbeza juga. Ini kerana berat, tinggi, jantina dan jenis kerja yang dilakukan akan mempengaruhi diet setiap individu. Ayuh kita semak beberapa jenis makanan yang perlu dihadkan pengambilannya.

Yogurt :

Khasiat : Yogurt mengandungi probiotik iaitu bakteria baik yang berperanan menguatkan imunisasi badan .

Berlebihan : Walaupun boleh diambil dalam jumlah yang banyak, yogurt yang dihasilkan daripada susu penuh krim ini akan menyebabkan kegemukan dan meningkatkan kolesterol dalam badan. Bagi individu yang mempunyai sistem penghadaman sensitif terhadap asid, yogurt boleh menyebabkan gastrik. Elakkan mengambil yogurt jika perut kosong.

Soya :

Khasiat : Soya adalah sumber protein yang baik. Kandungan isoflavonoid dalam soya dipercayai mampu mencegah kanser. Namun sekiranya diambil dalam bentuk ekstrak, pengawasan doktor adalah penting. Ini adalah kerana kontroversi mengenai ekstraknya yang boleh mendiring risiko kanser masih menjadi perbualan.

Berlebihan : Protein yang berlebihan akan dibuang oleh badan melalui ginjal sehingga membebankan bahagian tersebut. Pesakit gout (arthritis) sebaiknya menghindari soya kerana ia mampu mengundang risiko peningkatan kadar purine ( yang akan berubah menjadi asid).

Bayam :

Khasiat : Tumbuhan ini mengandungi kolin dan inositol yang mana berfungsi membantu mencegah arterosklerosis atau masalah pembuluh darah mengeras. Kandungan flavanoid dan karetonoid di dalamya berperanan sebagai anti oksidan yang mencegah kanser. Selain itu bayam kaya vitamin K yang diperlukan untuk pembekuan darah.

Berlebihan : Bayam merupakan sumber serat dan jika dimakan dengan banyak boleh menganggu penyerapan mineral dalam badan. Untuk meningkatkan kadar penyerapan zat besi yang ada pada bayam pula, sebaiknya ia dimakan bersama makanan atau minuman yang dapat meningkatkan penyerapan mineralnya seperti segelas jus oren, strawberi atau tomato.

Teh Hijau :

Khasiat : Kandungan anti oksidan polifenol dalam teh hijan berfungsi mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang didorong oleh radikal bebas seperti kanser. Anti oksidan ini juga membantu melindungi jantung dengan menurunkan kadar kolesterol, mengurangkan lemak dan menjaga berat badan ideal tubuh.

Berlebihan : Masalah untuk tidur akan timbul. Ini adalah kerana kandungan thein di dalam teh hijau akan membuatkan tubuh berasa segar.

Lobak Merah :

Manfaat : Mengandungi pro vitamin A ( beta karoten) yang baik untuk tubuh.

Berlebihan : Kandungan serat di dalam lobak merah adalah tinggi. Justeru, pengambilannya yang berlebihan akan menyebabkan sembelit dan menganggu penyerapan mineral dalam saluran pencernaan. Kandungan beta karoten yang tinggi akan menyebabkan kulit berubah warna menjadi kekuningan.

Jus Buah-buahan :

Manfaat ; Jus buah-buahan sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak vitamin, mineral, fitonutrisi semulajadi. Begitu juga ia mengandungi kurang serat.

Berlebihan : Pengambilan buah-buahan dalam bentuk jus (tanpa tambahan gula) sama saja dengan meminum air manis yang dibuat menggunakan gula yang diproses daripada buah. Pesakit diabetis perlulah berhati-hati dengan kandungan gula di dalam buah-buahan ini. Adalah lebih baik jika anda mengambil buah-buahan yang kurang manis.

Roti Gandum :

Manfaat : Tinggi dengan serat tidak larut yang berperanan melancarkan sistem pencernaan dan mengurangkan risiko kanser usus besar.

Berlebihan : Roti gandum merupakan sumber karbohidrat dan serat. Pengambilan karbohidrat yang berlebihan boleh menyebabkan berat badan meningkat. Selain itu, pengambilan serat secara berlebihan akan mengakibatkan sembelit dan berpotensi menganggu penyerapan mineral dalam badan. Justeru, minumlah air kosong untuk mengatasi kedua-dua masalah ini.