Setiap manusia mempunyai cita-cita tersendiri. Ada yang lebih meminati bidang sains tetapi tak kurang juga yang meminati bidang kemahiran. Berdasarkan apa yang pernah saya pelajari dahulu ketika di semester 5, katanya lelaki lebih bijak di dalam ruang dan spatial manakala wanita lebih dikaitkan dengan lingustik atau bahasa. Tapi betul ke? Pemilihan kerjaya yang baik sebenarnya melibatkan tiga perkara penting iaitu ujian, pemberian maklumat dan mengambil keputusan secara taakulan berasaskan pengambilan keputusan secara rasional.
Di sini saya ingin berkongsi cara memilih kerjaya yang sewajarnya mengikut Teori Kerjaya Holland. Mungkin teori ini boleh membantu anda semua untuk memilih kerjaya yang bersesuaian. Ini kerana teori ini membincangkan perkembangan jenis personality, perubahan personality, kebolehan personal, tingkah laku kerjaya, tingkah laku pendidikan dan tingkah laku social. Manusia sebenarnya mempunyai orientasi personality yang berbeza iaitu Realistik (R ), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial(S), Enterprising(E) dan Conventional (C).
Untuk memudahkan anda semua, saya akan menyertakan sekali jadual yang berkaitan dengan Teori Kerjaya Holland ini :
Tema Gaya Individu Tret berkaitan Persekitaran Pekerjaan
Realistik (R ) Agresif, lebih menyukai tugas konkrot daripada abstrak, asasnya kurang bersosial, interaksi interpersonal yang rendah. Tidak social, akur, jujur, tulen, keras kepala, materialistic, natural, normal, keras hati, praktikal, suka menyendiri, tidak fleksibel, berhemat, tidak celik akal, tidak melibatkan diri. Pekerjaan mahir seperti juruelektrik, operator mesin, juruteknik mahir seperti mekanik motor, pelukis pelan dan pekerja perkhidmatan
Investigatif (I) Individu yang intelek, abstarl,analitis, berdikari, kadang-kadang radikal dan berorientasikan tugas Analitikal, berhati-hati, kritikal, kompleks, ingin tahu, bebas, intelektual, interospektif, pesimistik, jitu, rasional, menyisihkan dirim pendiam, rendah hati, tidak popular Kerja-kerja saintifik seperti pakar kimia, fizik, dan matematik, juruteknik saperti juruteknik makmal, pekerja elektronik dan pengatur cara komputer.
Artistik (A) Individu imaginatif, menilai tinggi estetik, eskpresif, bebas dan agak ekstrovert Rumit, tunggang terbalik, impulsive, bebas, introspektif, emosional, ekspresif, idealistik, intuitif, tidak akur, tulen, sensitif, terbuka, tidak terbuka, imaginatif Pekerjaan seperti pelukis, ahli muziik, penulis artikel, skrip drama, novel, pemimpin orkestra, juruukur dan pereka fesyen
Sosial (S) Lebih menyukai interaksi social, berkaitan dengan social, agama, orientasi kepada kerja-kerja kemasyarakatan dan pendidikan Berpengaruh, bekerjasama, sabar, peramah, pemurah, suka menolong, idealistic, empati, baik hati, pemujuk, bertanggunghawab, social, bijaksana, memahami, mesra Kerja pendidikan seperti pendidik, pentadber pendidikan, dan professor, kerja kebajikan, ahli sosiologi, kaunselor dan jururawat
Enterprising (E) Individu ekstrovert, agresif, suka mengembara, suka peranan pemimpin, pandai memujuk, mahir dan pandai menggunakan perkataan Sukakan pencapaian, suka mengembara, mudah bersetuju, becita-cita tinggi, angkuh, bertenaga, suka menunjuk, menggembirakan, berusaha, ekstrovert, sukamenggoda, optimistic, yakin diri, social, suka bercakap Kerja-kerja pengurusan seperti pengurus jualan, pengurus personel, dan pengurus pengeluaran. Kerja-kerja penjualan seperti jurujual kereta, insurans dan hartanah.
Conventional (C ) Inidividu praktikal, dapat mengawal diri, suka bersosila, konservatif, menyukai tugas-tugas berstruktur dan mematuhi peraturan yang disediakan Berhati-hati, akur, teliti, defensif, cekap, sukar dilentur, memendam rasa, mengikut aturan, menurut perintah, berstruktur, tabah hati, praktikal, bersopan santun, cermat, tidak imaginatif Kerja-kerja pejabat dan perkeranian, kerani kaunter, kerani fail, penyimpan kira-kira dan penyambut tetamu.
Thursday, February 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment