Saturday, April 25, 2009

Berehat di kem pahlawan...




Pada 17 hingga 19 hb yang leoas,sengaja dewi pergi ke sini untuk berehat..nak kata berehat pun tak jugalah,,cuma sekadar ingin menenangkan fikiran dan membuat aktiviti mengeluarkan peluh..dewi sampai di sini pada malam jumaat..keesokan harinya, dewi dan rakan-rakan telah membuat aktiviti meredah jeram dan menjala ikan..memang menyeronokkan..walaupun sakit-sakit badan sebab terjatuh tetapi dewi rasa puas...ikan yang besar..air sungai yang sejuk dan deras membuatkan dewi betul-betul dapat menikmati keindahan alam hijau ini..nak ikut? cakap saja bila..dewi akan membawa kamu..

Monday, April 13, 2009

Konflik jiwa

Ketika bibir mengukir, hati sebenarnya sedang parah menderita kesakitan..Sedang bibir berbicara indah,,tetapi hati pula menahan benci yang sedang meluap...sedang mata melihat pemandangan tetapi pemikiran menerawang entah ke mana...apa yang perlu dilakukan..sukarkah manusia untuk memahami tanpa meletakkan nilai kepada orang lain..apa yang perlu diucapkan agar orang mengerti perasaan hati? Apa yang perlu dilakukan agar manusia mengerti isi tersirat hati...Sukar untuk mengungkapkan sesuatu apatah lagi ungkapan tersebut bakal melukakan hati orang lain...

Thursday, April 9, 2009

Catz + relaxation



Pernah tak kamu terfikir bahawa sebenarnya banyak perkara yang dapat memberikan ketenangan kepada kita selain daripada bersosial dengan rakan-rakan atau memerap di dalam bilik..Sehingga kini apabila saya berhadapan dengan masalah atau memerlukan perasaan diluahkan saya lebih suka mencari kucing untuk melepaskan semuanya..Bagi saya kucng adalah haiwan yang menarik, baik dan boleh dipercayai..Kucing mentaati dan mengenali tuannya..Apabila perasaan sedih melanda diri, kucing adalah sahabat baik saya yang akan saya peluk untuk menghilangkan perasan sedih..Saya tidak kisah apa orang kata,..Coz yang pastinya kucing adalah hadiah terbaik yag pernah saya milihi sehingga kini...