Showing posts with label From the bottom of my broken heart... Show all posts
Showing posts with label From the bottom of my broken heart... Show all posts
Monday, April 13, 2009
Konflik jiwa
Ketika bibir mengukir, hati sebenarnya sedang parah menderita kesakitan..Sedang bibir berbicara indah,,tetapi hati pula menahan benci yang sedang meluap...sedang mata melihat pemandangan tetapi pemikiran menerawang entah ke mana...apa yang perlu dilakukan..sukarkah manusia untuk memahami tanpa meletakkan nilai kepada orang lain..apa yang perlu diucapkan agar orang mengerti perasaan hati? Apa yang perlu dilakukan agar manusia mengerti isi tersirat hati...Sukar untuk mengungkapkan sesuatu apatah lagi ungkapan tersebut bakal melukakan hati orang lain...
Friday, March 6, 2009
Terpendam..

Pernah tak kawan-kawan berhadapan dengan situasi ini? Ada sesuatu yang ingin kita ungkapkan tetapi kita tak mampu mengungkapnya..BUkan kerana tiada kudrat untuk mengungkapnya tetapi kerana tidak mahu melukakan hati orang yang mendengar ungkapan kita...Bukan kita sengaja tidak mahu ungkapkan tetapi kerana orang itu terlalu dekat dengan kita..mungkin dia seorang yang kita terlalu sayang..sehingga kita mengambil keputusan untuk hanya mendiamkan diri..kemudian segalanya memakan diri sendiri...Bukan mudah untuk kita mengungkapkan sesuatu tanpa melukakan hati sesiapa walaupun ungkapan yang digunakan sudah terlalu lembut dan barangkali sudah tidak dapat dibayangkan kelembutannya,,,tetapi gurisan hati tetap berlaku..bagaimana untuk mengelak dari itu semua berlaku...
Subscribe to:
Posts (Atom)
