Showing posts with label Power n Glory. Show all posts
Showing posts with label Power n Glory. Show all posts

Friday, March 20, 2009

Tension...

Pernah tak anda berhadapan dengan satu tekanan yang menyebabkan anda mampu bertindak du luar kawalan? Pernah tak anda berhadapan dengan situasi anda baru sahaja keluar dari rumah kemudian kunci anda tertinggal di rumah?Apa perasaan anda ketika itu? Apa yang anda lakukan ketka itu? Inilah yang berlaku pada saya sebentar tadi..But seketika kerana tidak dapat menahan marah ditambah pula dengan rasa tension kerana terlalu banyak tugasan yang perlu disiapkan segera saya telah menghempas pintu bilik kerana tetrekan dengan sikap kawan yang tidak memahami..Tidak ada salhnya bergurau tetapi biarlah bertempat..Dan perkara ini sebenarnya perlu kita sedar bahawa gurauan yang kita buat kadangkala mendatangkan ketidakselesaan epada orang lain. Jadi berhati-hatilah apabila bergurau...

Sunday, March 15, 2009

Kejayaan ? Gaya shortcut or full version?

Kejayaan dicapai, bila Anda berjaya mencapai apa yang Anda targetkan. Namun, ia bergantung pada seberapa besar kehendak Anda, matlamat, azam dan cita-cita Anda. Mungkin, kejayaan menjana pendapatan tertentu, kejayaan dalam kerjaya kerana dinaikkan pangkat atau kejayaan mencapai matlamat perniagaan Anda. Stail kejayaan ada berbagai.
Bagi saya, ada dua bentuk, dua nama.
Nama panggilan ni saya cipta sendiri. Kat situlah saya panggil kejayaan dengan dua versi berbeza, kejayaan stail shortcut atau kejayaan stail full version.
Kejayaan shortcut adalah kejayaan yang diraih melalui jalan singkat. Prosesnya sama. Anda bekerja keras, merancang strategi lalu bertindak.
Cuma, kejayaan Anda luar biasa kerana ia pantas dari kejayaan biasa. Hasilnya pula segera!
Kejayaan full version nama panggilan saya pada kejayaan yang dicapai oleh orang-orang berjaya. Inilah kejayaan normal.
Mereka belajar sepanjang masa, menguasai sesuatu kemahiran langkah demi langkah, mengatur strategi, bertindak selain bersedia menghadapi apa saja yang akan terjadi pada usaha mereka sama ada silap atau gagal.
Orang-orang yang melalui stail kejayaan full version tidak tamak hingga mahu hasil cepat. Mereka melangkah perlahan-lahan, walaupun proses berusaha mengambil masa. Mereka berjaya mencapai kejayaan setelah melalui berbagai kepayahan, justeru kejayaan itu membuat mereka rasa benar-benar puas!
Sama ada Anda gunakan stail short cut atau full version untuk mencapai kejayaan milik Anda, terlebih dahulu Anda kena fahami kesannya. Kejayaan short cut menjadikan kejayaan yang Anda capai tidak berkembang. Mengapa? Sebab, Anda terdorong untuk jadi selesa dengan kejayaan sedia ada.
Walaupun Anda berjaya lebih cepat daripada orang lain, tapi Anda akan hilang minat mencapai lagi kejayaan-kejayaan di masa depan.
Kejayaan full version membuat Anda semakin ghairah, semakin berselera mencapai tahap kejayaan yang semakin mencabar kerana Anda seronok merasai saat bila Anda mempelajari kemahiran baru, berkenalan dengan orang baru, meletak matlamat baru yang pasti menjadikan Anda memiliki mentaliti baru.
Akhirnya, Anda berjaya mencapai satu lagi kejayaan baru!