Sunday, March 15, 2009

Emosi yang Down - Part 2

Turn it into something good!
Caranya, gali hikmah yang tersirat disebalik semua itu, apa yang hebatnya tentang masalah itu dan bagaimana untuk Anda menyelesaikannya.
Mungkin, dari emosi down itu, Anda terjumpa sesuatu yang boleh membuat Anda bersemangat semula!
Jika saya ditempat Anda, saya akan bekerja serajin yang mungkin untuk membuktikan saya ada potensi untuk mencapai tahap lebih hebat dari orang yang cuba menjatuhkan saya!
Set matlamat, kemudian go on berusaha ke arah mengejar matlamat.
Usah fokus perhatian Anda pada orang yang menyakitkan hati, tapi fokuslah pada matlamat sendiri kerana Anda akan menemui kekuatan sepanjang proses menuju matlamat itu. Usah sesakkan fikiran Anda dengan hanya memikir sikap, perbuatan dan layanan orang lain terhadap Anda.
Hidup akan jadi lebih bermakna, bila kita fokus untuk memajukan diri sendiri, semaju yang mungkin, seboleh yang mungkin ke tahap lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment