Friday, March 20, 2009

Menarik, Tertarik, Ditarik

Pernah tak anda terfikir bahawa anda di antara kawan-kawan kamu yang tidak mempunyai rupa paras yang menarik..tetapi dia cukup popular atau disenangi oleh ramai orang..Atau pernah tak kamu bertemu dengan seseorang di mana ramai lelaki yang menggilainya? Di antara menarik, tertarik atau ditarik, mana satu pilihan kamu? Sebenarnya pilihan itu berada dalam tangan kamu sendiri cuma kamu sendiri sahaja yang tahuu jawapannya. Walaupun dari kata akar yang sama tetapi maksudnya yang dibawa selepas ditambah dengan imbuhan pada awalan perkataan mampu mengubah keseluruhan makna di sebalik perkataan tersebut. Jadilah seorang yang menarik bukan yang tertarik kerana tiada yang mustahil untuk kamu jadi menarik..Bagaimana? Ya, caranya kita perlu memberikan satu pengalaman yang estetik tentang diri kita dan pengalam itulah yang membuatkan individu melihat kita sebagai seorang yang menarik. Contoh, mengapa kita suka pergi ke perhentian bas pudu. KIta suka berada di situ kerana mungkin itu adalah tempat yang menjadi pertemuan kamu dan pasangan kamu. Maka, walaupun pudu itu panas dan hanyalah sebuah perhentian untuk menaiki bas tetapi bagi kamu Puduraya memberikan kenangan yang indah sehingga membuatkan kamu tertarik untuk datang ke situ berkali-kali. Mengapa? Ini kerana hanya kamu yang melalui pengalaman estetik itu..Kesimpulannya, untuk jadi seorang yang menarik, kita perlu tanamkan sesutu kenangan yang membuatkan seseorang berasa kita menarik. Contohnya dengan ketulusan hati kita ketika memberikan pertolongan atau mudah memberikan maaf kepada orang yang telah melakukan kesalahan dengan tidak sengaja...

No comments:

Post a Comment